Khamis, 11 Julai 2019

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI






PROTOKOL PINDAH FAIL


Digunakan oleh pengguna untuk memuat naik data daripada komputer peribadi ke pelayan supaya boleh di akses oleh pengguna internet








Ahad, 14 September 2014

KOREA - DAY 2



NAMI
Pagi2 bangun aku dah buat sarapan. Roti sandwich sardine + air milo 3 in 1. Mmg menyelerakan.
Misi hari ni nak ke pulau nami. Salah satu drp motip utama aku datang ke korea adalah mengenang winter sonata. So..pulau ni mmg wajib la beb. 


Tiket ketapi ke pulai nami. Tapi kene berdiri sebab tiket seat dah abis. Redhooo jela labuuu..janji sampai. Hik hik..


Dalam perjalanan nk ke nami ni aku ramahkan diri. Maka terjumpa dan berkawan ngn makcik moon ni, sangat baik orangnya. Bersembang sampai xsedar 2jam perjalanan. Dia bagi nombur telefon dan berjanji akan bawa kami jalan2 pusing korea. Dia tanya apa plan kami esok. Dia bawakkan. Dia siap tulis kt buku dlm bahasa korea suh Henry call dia tanda jadi. 

Dah sampai stesen  gapyeong stesen kami terus beli tiket untuk balik. Takut habis. Naye nanti nak tido mana kan.
 

Ni dia rupa gapyeong stesen dari luar. Aku tunggu bas kt sini nak ke nami. Tunggu punye tunggu xde pn bas. Bas kearah lain ada la.



berkerut dahi nak paham peta. Haha..



Kt sini en.suami bertanyakan bas mana nk ke nami ngn sorang mamat korea ni. Tak sangka rupanya dia penah datang Malaysia dan penah tinggal di Indonesia beberapa tahun. Jadi dia pandai cakap indon. Dia pun ajak kami jalan kaki ke nami. Katanya xjauh pn kalo jalan. So kami be rempat berjalan laa..sebelum sampai ke jeti nami aku lalu perkampungan orang korea. Ada makcik makcik tua yang tanam sayur depan rumah. Senyum je diorg. Mgkin nak tegur tp xreti bahasa inggeris.
Dah sampai jeti mr. bong cakap cara nak beli tiket feri. Dia pn kirim kami beli skali sebab tiket tourist dapat murah dari rakyat tempatan. Hahaha. Pandai si bong ni. Tp aku xksh pn. Dia tlg aku..aku tlg dia. Hehe..

Ni berbaris nak naik feri. Aku duduk jap sbb lenguh sgt. Td kan jalan jauh. 


Naik je atas feri si bong ni suh orang korea tu duk rapat2 dan suh aku duduk. Sampai centu skali. Sampai aku pn naik segan. Bila orang sblh aku bangun cepat2 dia suh en.suami la gi duduk. Then dia mintak camera ckp nk tlg amik gambar kami. Ni kali kedua aku terharu ngn rakyat korea. 




Ini dia gambar mr. bong dan isterinya yang baik hati itu.

 

Dah sampai sana kami pn berpecah bawa haluan masing-masing. Ada orang buat persembahan. Aku pn xpaham. Tp layankan aje.



Setelah puas meneroka nami, aku naik feri smula dan naik teksi ke stesen gapyeong. Seb baik ada. Kalo x..naye kne jalan lagi. Masa kat stesen gapyeong, aku terserempak lagi ngn mr. bong tadi. Dia pn nak balik gak. Masa beli tiket balik seat aku ngn laki aku jauh. Selang 2-3seat. Cepat sepat si bong ni pi cakap kt awek korea suh tukar tempat sbb nak bagi aku laki bini duk sesama. Terharu lagi. Pastu dia siap bagi keychain nami dekat 10keping kt aku. 


Oh ye..makan tengahari aku bawak bekal roti n air je. Bawa la roti kegemaran korang. Anyway ada je restoren halal kt cni. Tapi kami nak jimat duit dan jimat masa. Pasni byk ag tempat nak gi nih.


DEUKSUGUNG PALACE
Seterusnya aku bergerak ne destinasi seterusnya iaitu Deoksugung palace. Aku patah balik ke stesen yongsan dan amik line 1 ke city hall. Exit 2. Kua je jalan skit akan nampak deuksugung. Masa tu ada persembahan. Layankan gambar di bawah.

Tips : pastikan tempat yang korang nak pegi tu tutup ari ape. Karang sesia je korg g, tgk2 tempat tu tutup lak.
 

Deuksugung ni kecik je. Ronda2 kejap dah abis. Tp puas aku cari tempat pakai hanbuk percuma tapi tak jumpa. Xpela bukan rezeki kot.


GYEONGBOKGUNG PALACE
Keluar dari deuksugung aku jalan2 skit jumpa bus stop. Pk punye pk naik jela teksi. Malas nak tunggu. So aku naik teksi ke gyeongbukgung. Tempat ni agak besar. Nak cari pintu masuk pn sampai sesat ulang2 duatiga kali. Hari pn dah hampir petang. Kaki aku mmg dah xlarat sangat. Lenguh giler. Aku dgn kuciwanye terpaksa masuk bahagian depan dia je. 





Tengok aku buka kasut dan rehatkan kaki. Xpeduli dah orang pndang. Yang penting kaki aku relaxs.


MYEONGDONG
Aku gerak ke myeongdong dengan menaiki teksi. Dah penat. Xlarat nak menapak naik subway. Lagipun tgk pada peta cam dekat je. So true. Mmg dekat. Teksi turunkan aku kt myeongdong station supaya senang masa nak balik nanti aku cari stesen ni lagi. Mmg baik pakcik tu. 


Satu je gambar yg aku snap kt sini. Org ramai beb. Nak tgkap gmbar pn segan. Kt sini melambak lambak orang jual mask muka, barang kecantikan jgn ckp la. Tp aku xbeli pn. Sebab xyakin ape ramuan dia guna. So kat sini aku just jalan2 cuci mata. Aku bkn kaki shopping sgt. Just suka sighseing je. Tapi aku beli jugak sepasang slipper sbb kaki dah sakit pakai kasut yg di bawak dari Malaysia tu. Masa sedang lepak2 tepi kedai tu aku tgk awek2 promoter korea mmg cantik2 beb. Original ke pelesu aku xsure la. Hahaa..tapi diorg amat disiplin. Ada mamat korea yg merokok depan kedai dia, terus dia gi tegur cakap xleh merokok disini. Mgkin kawasan awam xleh merokok.
Nak balik hostel, aku cari balik stesen myeongdong line 4, turun kt samgakji. Amacam strategic tak hostel aku pilih. Tak yah tukar2 stesen. Hahaa..
Malam ni xgi makan kt iteawon. Just bli nasi segera kt stesen subway. Pastu mintak tlg kawan henry panaskan guna microwave. Dia ada offer lauk. Aku tanya la lauk ape. Bkn nak makan pn. Sesaja je. Aku dah ada kari daging dalam tin. Korang tau lauk ape?? Vavi goreng. Masak kicap aku rasa. Hahaha. Mungkin dia xtau Muslim xleh makan vavi kot. Positif.