Selasa, 17 Ogos 2010

School Improvement Plan : NKRA punyer cerita

penatnye arini.blk lambat.NKRA punye cerita..sekolah aku di kunjungi oleh wakil/pembimbing yang di tugaskan untuk meneliti punca berlakunye prestasi yang rendah di sekolah aku ni.ermm..pada awl ucapanye lagi dia sudah menyatakan bahawa tidak dapat dinafikan agak sukar bagi guru untuk memastikan murid2 istimewa seperti diorg ni dapat bersaing sacara adil ngn budak normal.

seharusnye setiap guru mendidik murid dengan sepenuh hati walaupn mereka tidak mendapat apa yang kita ajar sepenuhnya.memang tidak dapat di nafikan pada mulanya aku agak tertekan kerana ilmu yang aku ajar tu mereka tidak dapat mereka kuasai.frust pn ada gak. kalo boleh nak tengok diorang pandai dan berjaya seperti orang lain.tapi apa kan daya.pancaindera mereka untuk mendapat ilmu terbatas kerana kecacatan yang mereka alami.


mula-mula sampai di sekolah ni terasa ganjil gak nak berhadapan ngn diorg yg tidak boleh bercakap ni.aku plak memang tidak mendapat latihan dari bidang ni.terkial-kial nak berkomunikasi dengan diorang.sepatah pun aku tidak faham apa yang diorg cakap.terlalu sukar aku rasa nak mengajar diorg ni. tapi walau apa pn,aku teruskan jugak walopun pada masa tu terpaksa redha dalam terpaksa..huhuu..

pada aku kerana kekurangan itu lah yang menyebabkan prestasi peperiksaan mereka tidak membanggakan.dan kerana itulah sekolah tersenarai dalam ranking tercorot bersama sekolah pendidikan khas lain dan sekolah bagi orang2 original a.k.a asli..tapi pada aku juga mereka ini tidak patut di persalahkan kerana keupayaan mereka tidak di ukur dengan cara mereka.sebaliknya mereka di ukur seperti murid normal..diorang bercakap dalam bahasa isyarat.tetapi di uji dalam bahasa Melayu yang langsung mereka tidak tahu apa itu bunyi bahasa.bak kata ketua unit pendidikan khas,mereka bertutur dalam bahasa Perancis tapi di uji dalam bahasa Jepun.kompem la tak boleh nak jawab..

bukan aku nak mempertikaikan kurikulum kebangsaan.tapi sesetengah daripada sukatan dan ilmu yang harus di pelajari tu memang tidak bersesuaian dengan situasi diorang.contohnyela..aku ajar Bahasa Melayu.contoh yang paling senang la..dalam BM tu ada penjodoh bilangan.contohnya sebuah kereta. pada diorang buah tu adalah buah yang boleh di makan.bila dah jadi buah kereta..macam nama kepada buah tu adalah kereta.sedangkan itu adalah benda yang berlainan.ermm memang complicated la.kalo korang nak tau ngn lebih lanjut korang boleh blaja sendiri bahsa isyarat tu macam mana.tidak semua benda kt dunia ni boleh di isyaratkan.dan kalo boleh di isyaratkan,ia hanya isyarat semata-mata.dan mereka tidak akan tahu apa itu sebenarnye..aku terfikir gak cene nak bagitau internet tu macam mana.huhuu..tu belum lagi masuk bab puisi,pantun..tambah-tambah ada komsas dan sejarah kat sekolah menengah.tak tau la cene diorg nk survive nanti..

sebelum tu aku nk tunjuk la kt korang aku pnye kelas dan murid-murid kesayangan.hehe..




huhuuu mcm2 hal skolah ni.tulis smpi pg esk pn x abis..tp td blk lmbt.abis je miting trus g bazar ngn kengkawan.ingatnye nak masak sotong arini.tapi miting sampai lewat lak..da penat malas plak nak masak..on da way g bazar ujan lebat lak.takut jugak nk terus pegi sana.kotla terjadi cam tagedi bazar kat Jasin tu.huuhhh..mintak jauh laaa..

7 ulasan:

  1. emmmm...
    ehem2...pndai mengkritik la cekgi ni...hehe
    xpe2 asalkan yg membina....hehe
    sblm tu terjemahkan la mksd nkra tu....x tau la
    heheh
    ape kate kita bukak pose makan sebuah buah epal
    hehe
    br pdn dgn mksd buah tu kan
    hehe
    k...daaaaaaaaaa

    BalasPadam
  2. hehehe..maksud NKRA ek? ermm nti sy cari kt google..makan epal je ke?xkenyang laa..

    BalasPadam
  3. ehem2
    baru nk cari ke....x yah la susah2....nanti sakit tangan yg mnja tu...hehe..
    buah---epal
    bentuk----kereta
    haha

    BalasPadam
  4. hahaha sedap je ckp tangan orang ekkkk..xpe2.kte suh tgn org tu la yg cari nanti.hehe

    BalasPadam
  5. ehem2...tgn org ni...memg bersedia setiap masa...demi kepentingan anak bangsa..hehe

    BalasPadam
  6. ceewaahhhh..ckgu baru mmg bagus.semangat berkobar2 nk didik anak bgsa tu

    BalasPadam
  7. emmmm....mest la
    ckgu lame klu kwn ckgu br mest lg smngt....hehe
    tiru la mcm sy....
    hehe

    BalasPadam