Khamis, 23 September 2010

dunia cinta..cinta dunia semata

setelah sekian lama tidak menulis bolg hari ini aku terpanggil untuk menulisnya. dengan usia yang semakin matang telah membuatkan aku semakin mengenal apa itu erti sebuah kehidupan. pertemuan secara tidak sengaja dengan seseorang walau hanya melalui penulisannya telah membuat aku tertarik dengan setiap entri yang di tinggalkan. setiap baris ayat yang di tulis amat bermakna pada aku,

memberi motivasi kepada aku,

memberi ingatan kepada aku,

memberi amaran kepada aku,

memberi keinsafan kepada aku,

aku bersyukur pada tuhan kerana dengan takdirnya telah menemukan aku dengan insan yang memberi ingatan kepada aku bahawa banyak lagi benda lain di dunia ini yang amat penting. aku amat kagum dengan pendirian yang di miliki. alangkah bagus jika aku sebagus dia ( manusia memang tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada kan ? )
membaca satu enti yang bertajuk masalah cinta, masalah dunia membuatkan aku terpanggil untuk mengulas sedikit tentang itu.masalah cinta hanyalah sekelumit zarah jika di bandingkan dengan masalah dunia. tetapi mengapa manusia amat terbawa-bawa dengan masalah cinta.hebatkan cinta? bagi remaja di luar sana dan aku yang juga pernah melaluinya kadangkala amat terkesan dengan duka lara hati ciptaan manusia yang bernama lelaki. tetapi aku tidak sebodoh orang lain yang akan berendam air mata berganti bulan kerana kekecewaan,bersedih meratapi perpisahan..betapa lemahnya perempuan sekarang. aku sendiri kesal dengan senario ini.
wahai perempuan!! bangkitlah dari lena jaga mu.dekatkan diri mu pada yang Esa, teguhkan hatimu pada yang Kuasa.usah di ratapi sesuatu yang bukan takdirmu!!