Ahad, 10 April 2011

HONEYmoon

niat hati nak merasa honeymoon kt negara 4musim cam negeri mat salleh ke.baru la terasa honey betul2.hihihii..aceli aku teringin nak merasa betul2 di negara orang.stakatni pegi thailand n singapore xterasa sgt kt negeri orang sebab kt malaysia pn kita blh tgk muka yg sama.i mean muka orang asia.cm slogan malaysia truly asia laaa..ada cina,ada india, ada kaum2 lain. xktgglan ada indon,bangla dan seangkatan dengannya.




kalo stakat honeymoon kat indon, thailand, bangladesh, filipin o singapore.. aku rs cam berada di bumi malaysia gak kot.sebabnya muka-muka tu memang sdia ada kt malaysia.kalo blh nk tgk muka mat salleh ke.huhuu demand tuuu..

tapi memandangkan kos nak tgk muka mat salleh ni mahal aku mengalih perhatian pada muka cina.huhu..pada pembacaan aku kt tenet n pendapat kawan2 yg da pergi China katanya bes gk pegi sana.aku da gogel tmpat2 yg menarik dan meneroka blog blog yg penah mengunjungi China rata rata mengatakan bes g cina ni.



memandangkan sepupu ckgu skolah aku ada wt travel n tour ke sana dan kosnya pun berpatutan aku memanjangkan hal ni pada tunang aku.mulanya dia agak keberatan.tp sbb tunangnya yg tersayang(aku lerrr tuu.hihi) nak sangat pergi,dia pn bersetuju.dat y i love him so much.he alway give me priority..slalu bertolak ansur ngan aku..en.mohd falizan i love u so much.hihii.terEMO plak.

ok berbalik pada honeymoon tadi..esok aku akan call en.anas untuk booking n amik keterangan lanjut pasal pakej tu..xsabarnyaaa rasa.the great wall!!!i'm coming!!!

myWEDDcard

aku telah membuat servey di taman universiti dan bandar baru uda untuk beberapa hari sebelum membuat keputusan untuk memilih grafix howse untuk mencetak kad undangan perkahwinan aku yang akan berlangsung 2bulan lagi..dalam banyak2 kedai aku tertarik ngn design kt kedai ni. layanan dia pun baik dlm melayan aku.kalo rasa nak job tu layanla costumer baik2,baru la org pk 2kali sblm beredar dari kedai anda.hehe..

dalam banyak2 kad aku tertarik ngn kad ni.xtaula kad jenis ni da old fesyen ke x..aku bkn la reti sgt dlm bab2 ceni.belasah jela labuuu..asalkan ada kad.



ini draf kad yang dia designkan untuk majlis sebelah perempua(aku lerr tuu)not bad.cantik jugak.aku bekenan la bila tengok. tapi dia buat pada kertas lain-lain utk sblh laki n ppuan.aku igt nk skalikan je.sng..byk ag yg kne alter pada kad ni.aku pn da call bgtau ape yg prlu di perbetulkan pada en.najib iaitu org yang bertanggungjawab dalam menguruskan kad undangan aku.


ni plak bagi yang sebelah lelaki.



myfiance kurang berpuas hati ngn design kad bg pihak dia.dia cakap design yg sblh aku lagi cantik..hehe..finally kad kami di gabungkan dan akan mengunapakai yang aku tu jela.

myhantaran

alhamdulillah aku dan kawan-kawan dah berjaya menyiapkan 90% hantaran untuk perkahwinan aku nanti..jutaan terima kasih pada cik salwa, cik norhulda dan cik norbasirah yang setia membantu aku bermula dalam proses membeli barang hinggalah membuatnya menjadi seperti ini.sememamngnya aku amat sukakan gubahan ini. ok ape kata kita tgk apa hasilnya


ni kasut yg hampir siap di gubah




ni salah satu daripada hantaran yg da hampir nak siap aku gubah ngn kawan2.perfume c.k


aceli aku sukakan yang simple tapi menarik.memang kena la ngn ape yg aku dan kawan2 ku telah buat ni.ni eksklusif tau.kawin bln6 nanti tp skg da publish kt blog aku sblm orglen tgk ag.huhuu..aku just mahu share kegembiraan ngn blog aku ni je.

2 gambar ni jela aku blh upload.kalo da upload sume cam da x suprise ag la ms aku kawen nanti.hehe..

Isnin, 4 April 2011

ujian HIV utk pernikahan

Minggu ni aku kelam kabut nak siapkan borang kawen.en.mohd falizan da setelkan da dia punye borang(dia mmg cepat dlm wat pape pn.kelam kabut skit.kikikii)jgn mara arr wahai tunang ku.hehe akisahnya aku ingat kan senang je nak buat test hiv ni. kalo kat kelantan pegi je kt klinik cakap nak wat test hiv dia akan buat test.xde la nak kne bawa borang ke ape. TAPI kat johor ni lain plak. kne pegi amik borang kat pejabat agama then bawa ke sana baru klinik akan buat. tak ke leceh tu.hushhh menyusahkan betullah.da la aku ni orang luar.tak tahu kat mana pejabat agama islam johor.klinik kesihatan pn tak tahu kt mana. mmg aku xsuka la sistem pentakbiran kt johor ni. dari bab urusan nikah kawen sampai la bab pendidikan.sume leceh dan menyusahkan. aku tengok kat seremban rilek je tunang aku buat test ni. pegi je kt klinik trus buat.xdela nak kne beli borang kat pejabat agama. ni nak bagitau..kalo kt kelantan every day boleh buat test ni..tapi sebelum pukul 12 laa..kat sini lak dia ada tetapkan hari apa.dari jam brapa. aku ni bekerja(walopun sparuh hari je.hehehe.jgn jles)..bukan ada byk sangat masa nak layan karenah birokrasi ceni.. nampaknya harini aku kne bergegas mencari borang tu dl. en.tunang ku da bising sebab aku ni lembab nak setel borang kawen.bkn aku xnk kawen tapi..tahh..sbb pk lambt lagi kot(walopn 2bln je ag ngn tarikh)huhuhuu.. anyway..kepada jejaka lelaki kelantan..aku ada pesanan untuk korang.jangan kawen ngn orang johor. pas kursus kawen..ada intiview pulak.hahhaaa..cian kan.apa salahnya permudahkan niat baik orang nak mendirikan masjid..ini tak. itu lah,ini lah.leceh tul.tapi kalo nak jugak kawen ngn ppuan johor ape blh buat kan..teruskan jela.da jodoh.nanti andartu plak sume ppuan kt johor ni.hahaha one more thing yang menarik tentang pernikahan di kelantan ialah..BAKAL PENGANTIN TIDAK PERLU PERGI MENGAMBIL BORANG NIKAH DI PEJABAT AGAMA.SEMUANYA IMAM/KADI YANG AKAN URUSKAN.bakal pengantin fotostat je IC n surat2 yang berkenaan spt sijil kursus pra perkahwinan,ujian HIV,yang lain dia akan uruskan.senang kan??? :) terima kasih banyak2 pada imam kampung aku kerana menguruskan borang soal pernikahan aku nanti.nampaknya dia menjalankan tugas dengan baik.. actually memang itu la tugas imam/kadi kan?? memang dia di bayar gaji setiap bulan.memang itu la tugasnya.. sekian utk edisi 4 april ni.jap ag aku nak balik n buat hantaran lak.hehe.cau cin cau..