Sejak zaman skolah menengah aku memang
fanatic ngn citer korea. Jatuh cinta pandang pertama dengan citer winter
sonata. Dari situ aku dah pasang niat satu ari aku nk pijak bumi korea ni.
Kisah bermula aku minta kebenaran en.suami
nk beli tikek ke korea. Dia agak keberatan. Setelah berulang kali..dia
setujukan aje. Sayang bini la katakan. Hahaha..pada pertengahan bulan Disember
aku dah bli tiket ke korea untuk 6bulan akan datang. 6 bulan awal beb. Xtau apa
akan jd sebelum smpai ke tarikh tu. Tp aku gagahkan jua.
Harga tiket plak xdela murah sangat walopn
aku bli awal 6 bulan. Sebabnya aku nk pegi tarikh cuti skolh. Pak tony dah tau
dh. Cuti skolah mst ramai yg pegi bercoti. Harga mahal pn orang rembat gak.
Harga sorang return pegi blk rm1062. Blm
tambah pape lg. untuk kos pegi blk 2orang termasuk beg n makan RM2400. Ini tak
termasuk kos untuk ke LCCT yer. Alhamdulillah perjalanan mengambil masa 6jam 30
minit berjalan lancar. Kami sampai ke korea dah dekat kul4 petang di akhiri
dengan tepukan gemuruh dari rakyat Malaysia yg ada dalam flight. Aku pn xtau
ape motip diorg tepuk. Mugkin bersyukur sampai ngan selamat kot.
Masa dlm flight tu pramugari ada bagi
2keping kertas untuk kita isi.
*tip : itenary n kertas booking hotel
korang jgn letak bag yg masuk kargo. Korang kompen tak ingat alamat hotel korang
kan? Sbb dalam tu dia akan tanya nk stay mana. So sila print booking korang dan
simpan dlm handbeg supaya senang korang nk isi borang tu nanti ye.
Lagi satu dari tempat korang turun flight
tu korang kne naik train yang akan angkut korang ke main building epot. Masa tu
korang akan lihat betapa ramainya rakyat Malaysia yg gi korea. J
Sesampainya di korea seperti biasa korang
kne melalui imigresen korea. Muka diorg serius je wat keje. Pastu kne scan jari
telunjuk sambil mata pandang camera. Dia amik gambar utk pengecaman kot. Dah
kua imigresen korang jalan ikut je orang. Mesti sume nk g amik beg kan. Sambil2
tu tengok2 ada boad yg akan pamerkan kat mana beg korg akan kuar.
Ni dalam pejalanan nk gerak ke imigresen
*tips lg : dah kua dari arrival gate tu
korang berdiri sekejap. Cam keadaan sekeliling. Pandang atas akan nampak
signboard ke railway. Sblm ikut signboard tu..korang amik kiri dalam beberapa
kedai akan ada 7e yg jual T-Money. Ko cakap je kt awek casher yang comel lote
tu nk T-Money. Dia boleh cakap BI(masa aku beli la)
Selepas tu korang blh ikut signboard
tersebut sampai ke tmpat ketapi. Korang jangan risau. Tak kan sesat punye.
Lagipun ramai rakyat Malaysia yg memang naik ketapi. So korang ramah tamahkan
diri bertanya ye. Sembang2 sesama Malaysian.
Macam aku..aku ramahkan diri
*tips lagi dan lagi : sila rancang dan
kenalpasti route stesen mana korang akan turun dan tukar ke stesen mana untuk
korang sampai ke hotel. Yang tu kne stadi betul2.
Macam aku..aku dah stadi blog orang dan aku
pun bekenan ngn hostel yang dia duduk kt samgakji. Hostel tu agak murah dan
memenuhi kehendak aku. Reason nye kenapa aku pilih hotel suncity hostel kerana:
1.
Train. Aku
naik train kt epot dan turun tukar di stesen gongdeuk dan pilih line coklat ke
samgakji. Senang kan? Sama jugak kalo nak balik. Sbb aku takut nanti tertinggal
flight ke ape ke. Kt tempat orang ni kita mesti lebih hati-hati. Manala tau
kalo nk tukar2 line byk kali karang sesat lak.
2.
Berdekatan
dengan restoren halal di itaewon. Amik train dari samgakji, selang 2stesen
korang akan sampai iteawon. Hari-hari mau makan maaa..tara makan macam mana mau
jalan. Hehe..
3.
Harga pun
agak murah. En. Suami xmo bilik air kat luar. So mmg kene amik bilik yang ada
bilik air kt dalam bilik. So selepas aku servey2. Yang ni la agak reasonable.
Masa turun kat gongdeuk tu ada sorang awek
n kawan2 tegur aku. Malaysian ek? Yaa aku jawab. Rupanya dia pn rakyat Malaysia
yang blaja di korea. Diorg guide kami untuk cari line coklat ke samgakji. Baik
kan diorg.
Ni dia stesen samgakji. Aku kne exit 13.
Kalo exit lain mmg xjmpa la hotel. Nampak tak tulisan samgakji kt signboard dia
tu. Hehe.
Tp ni gambar yg aku amik waktu malam. Aku
sampai waktu petang. Dalam duk seret beg tu aku mencari hotel sambil tengok
peta. Tak berani nak g jauh takut sesat. Berpegang pada prinsip lagi jauh
tersasar, lagi susah nak cari..so aku bertanyakan pada sorang akak korea yang
baru balik kerja aku rasa. Dia tengok peta tp dia tak berapa paham. Terus dia
call hostel tu dan suh aku ikut dia. Dia bawa kami sampai ke hostel. Sungguh
baik akak itu. Aku sangat terharu dengan dengan kebaikan orang korea. Ni baru
terharu kali pertama aku. Pasni akan ada lagi scene2 terharu yang lain. Korang
teruskan membaca ye. ( kalo ada yang baca la)J
Masa booking hotel aku biasa beremail ngn Henry
si tokey hostel. English dia aku paham la. Dia pn paham English aku. Sampai
sana sepatah haram pn aku xphm English dia. Pelat korea. Last2 aku bayar je spt
yg tertulis dlm kertas booking tu. Aku hanya paham dia cakap ok ok. Hahaha. Rasa
cam itik dan ayam bercakap lak. Pas cek in aku letak beg n terus kua untuk
agenda hari pertama iaitu ke Banpo Bridge.
RUMUSAN PERJALANAN HARI NI:
1.
Dari epot
ke hotel = Airport railroad-à gongdeok-à amik line 6(coklat)-à samgakji.
Aku exit 13
2.
Pegi cari
tiket nak ke nami = samgakji (line 4. Warna biru) -à sinyongsan.
Pastu jalan kaki cari yongsan station.
3.
Banpo
bridge = samgakji( line 4 ) à dongjak. Exit 1. Pastu menapak jalan kaki ikut laluan. Ramai orang
sbb taman rekreasi tepi sungai. Akan Nampak bridge tu. Tp jauh nk jalan. Better
korng cari cara lain. Xprefer sgt la laluan ni.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan